Friday, 16 December 2016

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN (MARNIE DAURIN)

Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.

Tekstil

Kain asas. Fabrik komersial hitam seperti sutera atau baldu untuk upacara tertentu manakala kain kapas (teriko vernakular) adalah untuk pakaian seharian.


Pakaian Kaum Wanita

Image result for pakaian tradisi wanita kadazandusun
Contoh pakaian wanita
Sumber : carian google

Sinuangga’ Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suram di sepanjang lubang kepala dan lengan, dan sepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan. Jahitan utama iaitu sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.

Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini adalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas. Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.

Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila si pemakai keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, di pakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizan semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga’. Simis ialah blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U. Tapi’  ialah Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan keemasan, di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah.


Aksesori

Himpogot ialah Tali pinggang yang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong. Tangkong ialah tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah (hindagang), hitam (initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali ini biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.

Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul. Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak. Gohong Gelang daripada tembaga atau perak. Hamai ialah Rantai leher. Simbong ialah Subang. Paun ialah Kerongsang yang dibuat dari duit syilling emas.

Siga do bobohizan dipakai oleh Bobohizan semasa mengadakan sesuatu upacara ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki. Husob ialah Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-seli. 


Pakaian lelaki

Image result for pakaian tradisi wanita kadazandusun
Contoh pakaian lelaki

Sumber : Carian google

Gaung ialah baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas. Souva ialah seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden. Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam. Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar. Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.


Sumber : http://www.sabah.edu.my/kds/kadazan_dusun.htm

3 comments: