Rumpun Bahasa
Austronesia
Negeri sabah terletak di bahagian Timur Malaysia atau lebih dikenali sebagai Borneo
utara yang mempunyai sebanyak 55 buah kumpulan etnolinguistik yang utama. Kebanyakan
etnik tersebut tergolong dalam penutur rumpun bahasa Austronesia. Sejumlah 33
kelompok etnik merupakan peribumi Sabah.
Terdapat tiga kategori rumpun bahasa atau keluarga utama
antaranya ialah, Rumpun Bahasa Dusunik ( mempunya lebih kurang 13 bahasa utama),
Murutik (mempunyai sebanyak 12 bahasa utama) dan akhir sekali Rumpun Bahasa
Piatanik yang mempunyai sebanyak 4 bahasa utama. Menurut (Miller 1998, Spitzack, 1984 dan King, 1984), Rumpun bahasa ini telah diklasifikasikan sebahai
Rumpun Bahasa Borneo apabila dipecahkan dari Rumpun Besar Bahasa Austonresia
Barat.
Kumpulan etnik Dusunik kebiasaanya ditemui di kawasan
pendalaman dan pesisir Pantai di bahagian Utara dan Barat. Manakala, bagi etnik
Murutik pula banayak ditemui di bahagaian pendalaman Selatan Sabah. Seterunsya,
bagi masyarakat Paitanik(Orang Sungai) pula kebanyakannya ditemui di sepanjang
sungai bahagian Timur Negeri sabah.
Asal Usul Kadazan
Dusun
Terdapat sesetangah kajian arkeologi dan linguistik
menyatakan bahawa leluhur Ausronesia bagi masyarakat peribumi sabah, telah wujud
sekitar 6000-1000 tahun dahulu khusunya dibahagian Borneo Utara. Merujuk teori
kajian ini, leluhur tersebut telah berhijrah dari kepulauan Taiwan dan Filipina
sekitar 4000 tahun sebelum masihi.
Menurut (Harrisson
& Harrisson ,1971), dasar kependudukan masyarakat peribumi Sabah tersebar ke seluruh rantau kepulauan yang bermula
dari utara Borneo. Namun begeitu, kajian genetik DNA yang terkini telah
menyatakan bahawa etnik Austonesia telah menatap di kepulauan Borneo selama 20,000
tahun. Selain itu, menurut pengkaji (Oppenheimer,
Richards & Marcauley,2000) melalui teori kajian mereka telah menyatakan
bahawa asal usul etnik Austronesia bukanlah berasal daripada Taiwan tetapi daripada
kepulauan Asia Tenggara.
Etnik dusun telah berkembang khusunya di sekitar Nunuk
Ragang. Nama Nunuk Ragang telah diambil sempena nama pokok ara (Nunuk) dan
Ragang adalah (merah). Kawasan in terletak di pendalaman daerah Ranau yang berhampiran
dengan Kawasan Tampios (Kawasan kampung)
di sungai Liwagu. Faktor tolakan dan tarikan masyarakat dusun yang telah
menatap di kawasan tersebut sejak dari zaman berzaman lagi telah mempengaruhi
penghijarahan mereka ke kawasan lain yang lebih selamat, Hal tersebut mungkin disebabkan
faktor tarikan seperti, kesuburan tanih, kemudahan asal bekalan makanan dan
minuman. Manakala dari aspek faktor tolakan pula adalah disebabkan, kekurangan
bekalan makanan dan minuman untuk keperluan harian serta faktor penyakit yang
menular dalam kalangan masyarakat. Menurut Pugh-Kitingan
& Sathe 2004 Penghijraan masyarakat yang berbeza berlaku pada masa yang
berbeza biasanya mengambil tempoh yang lama beratus atu beribu tahun.
Sumber:Siri etnik Sabah ITBM-UMS
Sumber:Siri etnik Sabah ITBM-UMS
ohh baru sya tau mcmni pula asal usul dusun tu..
ReplyDeleteya Emy,asal usul dusun bermula pada rumpun Austronesia.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tahniah kerana telah membuat penulisan ini. Dengan penulisan ini masyarakat sekeliling yang belum mengenali etnik2 y ada di sabah akan lebih tahu. Dalam masa yang sama, sangat sedikit kajian yang dibuat ke atas etnik sabah. Saya sarankan perbanyakkan penulisan seperti ini untuk masa depan semua lapisan masyarakat d malaysia
ReplyDeleteTerima kasih saudari Ridznan,komen yang positif. Penulisan ini dirujuk dari sumber seri etnik sabah ITBM-UMS. Harap dapat menjadi sumber rujukan dan pengetahuan masyarakat sama ada dalam atau luar negara.
ReplyDelete