Monday, 14 November 2016

By Fendila Lazarus : Baju Tradisi Kaum Kadazandusun

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN DUSUN

TekstilKain asas.   Fabrik komersial hitam; sutera atau baldu untuk upacara tertentu, kain kapas (teriko vernakular) untuk pakaian seharian.

Pakaian kaum wanita
Sinuangga’  Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.

Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.

Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian.

Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.
Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila sipemakai keluar meninggalkan rumah.

Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala.
Kihongon Blaus dengan lengan panjang, di pakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizan semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga’.
Simis – blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U.

Tapi’ Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan keemasan, di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah.

Aksesori

Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.

Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.

Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.

Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak

Gohong Gelang tembaga atau perak

Hamai Rantai leher

Simbong Subang

Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas

Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki. 
Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-seli. 

Pakaian lelaki

Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas.

Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden.
Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam

Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.

Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.

 





Sumber : http://www.sabah.edu.my/kds/kadazan_dusun.htm

22 comments:

  1. info yg sngat berguna kepada semua..

    ReplyDelete
  2. info yg sngat berguna kepada semua..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Punsikou noh montok diti kopoilaan nu

    ReplyDelete
  5. Maklumat yg mantap dan seharusnya di bawa ke peringkat lebih tinggi dalam UPSI

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat bermanfaat kepada semua khususnya bagi kami yang sememangnya berasal daripada suku kaum Kadazandusun. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. Info yang sangat berguna terutamanya generasi muda sekarang, khususnya yang berbangsa kadazan agar dapat belajar mengenal Dan mengetahui ciri-ciri baju kadazan sekaligus boleh mempelajari cara menjahit pakaian tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana mempelawa untuk membaca info ini.Ianya sangat menarik.contoh gambar yang dilampirkan juga cantik-cantik belaka. Good job!

    ReplyDelete
  9. Baru saya faham maksud setiap pakaian yang dipakai,info yang bagus

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Satu perkongsian yang bermanfaat. Ini dapat membantu dan menambah rujukan mengenai baju tradisi di sabah khususnya bagi kaum dusun.

    ReplyDelete
  11. Good job fen. Congratulations

    ReplyDelete
  12. satu informasi yang sangat menarik. satu usaha yang bagi saya adalah sangat berguna untuk generasi masa kini.

    ReplyDelete
  13. info yang bagus untuk mengenali kostume tradisional sabahan tq.

    ReplyDelete