iti nopo nga rasuk koubasanan tulun kadazandusun. winonsoiku id suang boros do malayu sabaagi monguhup tulun lobi osonong mamarati kokomoi rasuk koubasanan tulun kadazandusun.
Perhiasan dan sulaman yang terdapat pada pakaian tradisional perempuan kaum kadazandusun adalah lebih bersifat sederhana berbanding dengan pakaian daripada kumpulan etnik yang lain.
Perhiasan dan sulaman yang terdapat pada pakaian tradisional perempuan kaum kadazandusun adalah lebih bersifat sederhana berbanding dengan pakaian daripada kumpulan etnik yang lain.
TEKSTIL
Kain asas. Fabrik komersial hitam; sutera atau baldu untuk upacara tertentu, kain kapas(teriko vernakular) untuk pakaian seharian.
Pakaian kaum wanita;
Sinuangga' :
Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dan sepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.
Jahitan utama:
- Sinusuk bulus (jahitan rantai)
- tantop (jahitan bulu).
Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.
Sinompukung:
Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila si pemakai keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala.
Kihongon:
Blaus dengan lengan panjang, di pakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizan semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga’.
Simis:
Blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U.
Tapi’ Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan keemasan, di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah.
Aksesori:
Himpogot :
Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.
Tangkong:
Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali rotan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali rotan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.
Titimbok :
Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.
Tiningkokos Gohong :
Gelang tembaga atau perak
Hamai :
Rantai leher
Simbong :
Subang
Paun :
Kerongsang dibuat dari duit syilling emas
Siga do bobohizan :
Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacara ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.
Husob :
Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-seli.
Sumber : http://www.sabah.edu.my/kds/kadazan_dusun.htm
olumis kopio iti rasuk..
ReplyDeletekoilaan ku ti tongo ngaran-ngaran banat dikou...
ReplyDeletecantiklah baju tradisi
ReplyDelete