iti nopo nga laang momonsoi do bosou. winonsoiku id suang boros do malayu sabaagi monguhup tulun lobi osonong mamarati kokomoi momonsoi do bosou.
BOSOU
BOSOU
Bosou ataupun jeruk ialah makan tradisional bangsa kadazandusun. Bosou boleh didapati dalam banyak jenis, seperti bosou ikan, daging dan udang.
RESEPI BOSOU
Berikut merupakan resepi untuk bosou ikan. Ikan boleh ditukar dengan daging dan udang terpulang kepada selera masing-masing. Bosou diawet dengan menggunakan 2 bahan utama iaitu garam dan pangi. Pangi adalah sejenis tumbuhan yang turut dikenali sebagai keluak di Indonesia dan kepayang di Malaysia. Kedua-kedua bahan utama ini berfungsi sebagai pengawet dan untuk mengurangkan bau bosou. Bosou boleh dimakan begitu sahaja setelah siap proses pengawetan ataupun digoreng terlebih dahulu dengan hirisan bawang, halia dan cili padi
BAHAN - BAHAN
- nasi putih (sejuk)
- serbuk pangi
- garam
- ikan
- garam
bosou boleh divariasikan dengan menambah sayur-sayuran ataupun buah
- timun
- buah betik
- cili putih
- cili padi
LANGKAH - LANGKAH
- satukan semua bahan-bahan utama di dalam bekas dan gaul hingga sebati.
- Tambahkan cili putih dan cili padi
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
TIPS
- masukkan timun dan buah betik apabila bosou sudah sedia untuk dimakan. Biarkan potongan timun dan buah betik bersama bosou selama 1 hingga 2 hari barulah dimakan.
- Sekiranya hanya menggunakan garam sebagai bahan pengawet utama, tempoh pengawetan bosou sebelum boleh dimakan ialah 1 hingga 2 minggu. Jika bahan pengawet utama ialah pangi, tempoh pengawetan ialah 3 minggu hingga 1 bulan.
- Bosou turut boleh divariasikan dengan menambah halia, bawang, herba seperti basil dan saderi sesuai dengan selera masing-masing. Penambahan bahan-bahan ini berfungsi untuk mengurangkan lagi bau bosou dan memperkayakan lagi rasa bosou.
asadap no kopio iti taakanon bosou
ReplyDeletemaklumat yang menarik
ReplyDeletex nmpak tulisan
ReplyDeletesusah mau baca ni... x jelas kna tu latar😅
ReplyDelete