Monday 24 October 2016

Yvette Jane Paul (TAPAI)

iti nopo nga laang momonsoi do Tapai. winonsoiku id suang boros do malayu sabaagi monguhup tulun lobi osonong mamarati kokomoi momonsoi do Tapai.

TAPAI 

Tapai adalah sejenis minuman tradisional kaum kadazandusun yang memabukkan. Tapai hanya menggunakan 2 jenis bahan sahaja dalam proses pembuatannya. Tapai sehingga kini masih lagi diangkat sebgai minuman utama terutamanya ketika perayaan dan upacara-upacara tertentu seperti perkhawinan dan pesta kaamatan. Tapai boleh dikategorikan dalam 7 rasa utama iaitu; 

  1. Pahit 
  2. Manis 
  3. Masam 
  4. Pahit + manis 
  5. Pahit + masam 
  6. Manis + masam 
  7. Pahit + manis + masam 


Daripada ketujuh –tujuh rasa utama tapai, pahit + manis + masam merupakan pilihan utama dan campuran 3 rasa utama ini dikatakan merupakan campuran terbaik. Sesetengah tempat mengelar campuran 3 rasa utama ini sebagai “3 negara” 

RESEPI 

Berikut merupakan resepi untuk membuat minuman tradisional tapai nasi. Nasi boleh digantikan dengan ubi kayu. Laru ataupun ragi ialah bahan pengawet utama tapai. 

BAHAN-BAHAN 
  • Nasi (sejuk) 
  • Laru 


LANGKAH-LANGKAH 

1. Hamparkan nasi yang masih panas sama rata pada bekas atau tempat khas yang bersih. 
2. Tumbuk laru dan taburkan pada nasi panas. Gaul sehingga sebati 
3. Biarkan campuran laru dan nasi panas sebati . Tunggu hingga nasi benar-benar sejuk. 
4. Masukkan campuran laru dan nasi yang telah sejuk itu kedalam bekas kedap udara 
5. Tunggu sehingga 2-3 bulan sebelum tapai boleh diminum. 

PANTANG LARANG 

  • Jangan memakan makanan yang masam ketika proses pembuatan tapai kerana dikuatiri rasa masam makanan yang dimakan akan menyebabkan tapai yang terhasil turut masam. 
  • Jangan bergaduh atau bermasam muka ketika proses pembuatan tapai kerana dikuatiri emosi atau tingkah laku si pembuat tapai akan menyebabkan orang yang meminum tapai tersebut turut mengalami emosi dan tingkah laku yang sama seperti si pembuat. 
  • Laru memainkan peranan penting dalam proses pengawetan tapai. pastikan laru yang digunakan adalah sesuai dengan si pembuat. Laru yang tidak sesuai dengan tangan si pembuat tapai akan menghasilkan rasa tapai yang tidak sedap. 


TIPS: 
  1. Pastikan nasi benar-benar telah sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. 
  2. Tandakan tarikh tapai dibuat untuk memudahkan proses pemantauan usia tapai.

2 comments:

  1. kanou mangai tokou wonsoyo hilo walai nu..

    ReplyDelete
  2. Waa . siap dengan tip-tip lagi. maklumat berguna

    ReplyDelete