Saturday 3 December 2016

BY: Ermylla (Asal Usul Orang Dusun)



Rumpun Bahasa Austronesia
Negeri sabah terletak di bahagian Timur  Malaysia atau lebih dikenali sebagai Borneo utara yang mempunyai sebanyak 55 buah kumpulan etnolinguistik yang utama. Kebanyakan etnik tersebut tergolong dalam penutur rumpun bahasa Austronesia. Sejumlah 33 kelompok etnik merupakan peribumi Sabah.
Terdapat tiga kategori rumpun bahasa atau keluarga utama antaranya ialah, Rumpun Bahasa Dusunik ( mempunya lebih kurang 13 bahasa utama), Murutik (mempunyai sebanyak 12 bahasa utama) dan akhir sekali Rumpun Bahasa Piatanik yang mempunyai sebanyak 4 bahasa utama. Menurut (Miller 1998, Spitzack, 1984 dan King, 1984), Rumpun bahasa ini telah diklasifikasikan sebahai Rumpun Bahasa Borneo apabila dipecahkan dari Rumpun Besar Bahasa Austonresia Barat.
Kumpulan etnik Dusunik kebiasaanya ditemui di kawasan pendalaman dan pesisir Pantai di bahagian Utara dan Barat. Manakala, bagi etnik Murutik pula banayak ditemui di bahagaian pendalaman Selatan Sabah. Seterunsya, bagi masyarakat Paitanik(Orang Sungai) pula kebanyakannya ditemui di sepanjang sungai bahagian Timur Negeri sabah.

Asal Usul Kadazan Dusun
Terdapat sesetangah kajian arkeologi dan linguistik menyatakan bahawa leluhur Ausronesia bagi masyarakat peribumi sabah, telah wujud sekitar 6000-1000 tahun dahulu khusunya dibahagian Borneo Utara. Merujuk teori kajian ini, leluhur tersebut telah berhijrah dari kepulauan Taiwan dan Filipina sekitar 4000 tahun sebelum masihi.
Menurut (Harrisson & Harrisson ,1971), dasar kependudukan masyarakat peribumi Sabah tersebar ke seluruh rantau kepulauan yang bermula dari utara Borneo. Namun begeitu, kajian genetik DNA yang terkini telah menyatakan bahawa etnik Austonesia telah menatap di kepulauan Borneo selama 20,000 tahun. Selain itu, menurut pengkaji (Oppenheimer, Richards & Marcauley,2000) melalui teori kajian mereka telah menyatakan bahawa asal usul etnik Austronesia bukanlah berasal daripada Taiwan tetapi daripada kepulauan Asia Tenggara.
Etnik dusun telah berkembang khusunya di sekitar Nunuk Ragang. Nama Nunuk Ragang telah diambil sempena nama pokok ara (Nunuk) dan Ragang adalah (merah). Kawasan in terletak di pendalaman daerah Ranau yang berhampiran dengan Kawasan Tampios (Kawasan kampung) di sungai Liwagu. Faktor tolakan dan tarikan masyarakat dusun yang telah menatap di kawasan tersebut sejak dari zaman berzaman lagi telah mempengaruhi penghijarahan mereka ke kawasan lain  yang lebih selamat, Hal tersebut mungkin disebabkan faktor tarikan seperti, kesuburan tanih, kemudahan asal bekalan makanan dan minuman. Manakala dari aspek faktor tolakan pula adalah disebabkan, kekurangan bekalan makanan dan minuman untuk keperluan harian serta faktor penyakit yang menular dalam kalangan masyarakat. Menurut Pugh-Kitingan & Sathe 2004 Penghijraan masyarakat yang berbeza berlaku pada masa yang berbeza biasanya mengambil tempoh yang lama beratus atu beribu tahun.

 Sumber:Siri etnik Sabah ITBM-UMS

5 comments:

  1. ohh baru sya tau mcmni pula asal usul dusun tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Emy,asal usul dusun bermula pada rumpun Austronesia.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tahniah kerana telah membuat penulisan ini. Dengan penulisan ini masyarakat sekeliling yang belum mengenali etnik2 y ada di sabah akan lebih tahu. Dalam masa yang sama, sangat sedikit kajian yang dibuat ke atas etnik sabah. Saya sarankan perbanyakkan penulisan seperti ini untuk masa depan semua lapisan masyarakat d malaysia

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudari Ridznan,komen yang positif. Penulisan ini dirujuk dari sumber seri etnik sabah ITBM-UMS. Harap dapat menjadi sumber rujukan dan pengetahuan masyarakat sama ada dalam atau luar negara.

    ReplyDelete